Saturday, January 15, 2011

created by PUTRI SIRNA at 7:58 AM 0 comments

mengikut perkiraan org2 tua zaman2 dlu, anak perempuan kedua adalah dr unsur air.......itulah aku..........jom tgk andaian yg dibuat:

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
7) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.

hihihi malu lak......semua mcm betui2 je.......ahaks.......hihihi ^_^

DOA UNTUK PASANGAN YANG BERCINTA

created by PUTRI SIRNA at 7:29 AM 0 comments

Dengan Nama Mu yang Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang...
Ya Tuhanku,
Ku akui Kekuasaan Mu...
Nikmat... lagi rahmat,
Buat diriku...
Tak terbalas oleh ku... Ya Allah.

Ya Tuhanku...
Hamba-Mu ini mensyukuri,
Rahmat yg Kau beri...
Umpama rezeki...
Melimpah ruah...Ya Allah.
Alhamdulillah.

Dengan Rahmat-Mu...Ya Allah,
Kau pertemukan kami...
maka...
Satukanlah hati kami...
Titipkanlah rindu antara kami,
Mekarkan lah cinta... antara kami,
Lantas...
Peliharalah kami... Ya Allah,
Dari...
Bisikan iblis yg datang menggoda,
Agar kami sentiasa ...
Teguh dalam syariat agama.

Ya Rahim...
Permudahkanlah... jalan jodoh kami,
Serta...
Dipermurahkan rezeki kami...
Jadikanlah kami...
Antara pasangan yg bersyukur...
Dengan rahmat-Mu ... Ya Allah,
Lagi...
Sinarilah hati kami,
Dengan nur iman yg bergemerlapan,
Agar kami tidak hanyut,
Dengan godaan dunia,
yang hanya pinjaman semata.
Amin.
Amin.
Ya Rabbil A'lamiin.

Wednesday, December 22, 2010

Nilai Tudung Bagi Wanita

created by PUTRI SIRNA at 5:40 AM 0 comments

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.
Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim.
Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan seseorang itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful". Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

let view my family photo>>>

created by PUTRI SIRNA at 5:07 AM 0 comments
 
my sweet sibling....<<abe syahrul, me, mira, fendi, ct, faris & fatihah>>




 <<ni la umi n abah aku>>

Sunday, December 19, 2010

welcome 2 my corner>>>

created by PUTRI SIRNA at 10:38 PM 2 comments
I'm Nurul Wahidah binti Shafee aka Putri Sirna...why putri sirna???xda kaitan langsung ngan name sbnr aku n this nice name bt rmai yg tertanya2....nape putri sirna??gabungan nama pakwe ek???hahahahahhahhahhahha dats funniest words i hv heard...actually, 'sirna' means xda...xwujud....hilang n so on...so putri sirna means putri yg xda la....dats me la....hihi itulah kisah di sebalik my nickname...

borns on Feb 8th, 1987 in my hometown, PASIR MAS, KELANTAN..masa kecik aku tersangat2 lah nakal...tmbh2 kalo ckup geng wif my cazen, bertambah lah thp nakal aku....noty2 girl..hihi tp tu ms kecik la...sekarang dh baik.....hihi

aku ank yg 2nd of 7siblings....ad sorg abg n 5adik.....pic xdpt nk upload ag........hihi
 
still single but not available..hihi about my love life???hihihi hmmmmmmm as u keep following my blog, u will find who's him..^_^

full time stdent of bach hons in electrical engineering at UTHM...kalo xada aral yg melintang, aku akan tamat blajar kt UTHM.......best nya........




 

Putri Sirna Corner>> Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting